FAQ
1. Bagaimanakan jika saya menempah kad kahwin dari Sabah & Sarawak?
Kami menerima tempahan dari mana-mana jua anda berada. Kami pernah menerima tempahan sejauh dari Sempoerna, Sabah, dan mengirim melalui perkhidmatan kourier.
2. Berapa lamakah proses masa kad kahwin ini disiapkan?
Kebiasaannya kami mengambil masa lebih kurang 3-4 minggu untuk menyiapkannya, bermula dari tempoh masa mula tempahan. Tetapi, ia bergantung kepada jenis kad juga. Jika Kad Import atau Kad Hard Cover kami memerlukan masa yang lebih lama kerana kemasan untuk kad ini adalah secara hand made. Jadi, anda seharusnya membuat tempahan lebih awal dari tarikh perkahwinan anda.
3. Bagaimanakah saya mahu mengetahui kualiti atau jenis kertas yang akan dihasilkan nanti?
Di setiap kad kahwin yang ditempah, kami ada meletakkan spesifikasi kad tersebut. Jika anda kurang pasti, anda dipersilakan ke galeri kami yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi – 6.00 petang. Pada hari sabtu dan ahad, ianya bergantung kepada temujanji sahaja.
Akan dikemaskini.



Tempahan & Pembayaran
Kad Popular
Kad Terkini